(wrote by a friend of mine)
Wah,
Sudah tiba musim berbuah
Selepas berlalunya musim perayaan
Kehadirannya dinanti-nanti
Oleh warga metropolitan
Sejak sekian lama
Amboi,
Sedap sungguh rasa nangka ini
Buah durian dilonggok di tepi
Di mana buah rambutan kala bersemi
Rasa manis manggis mengubat
Rindu dihati
Namun,
Yang ku impikan
Yang ku nantikan
Hanyalah sebiji buah
Disemai bersama cinta
Ditanam didalam syurga
Buah yang ku rasakan
Begitu manis rasanya
Diulik hamparan asmara
Di kebun ku nantikan...
Cis,
Buah ini begitu sukar dicari
Perjalanan ditempuhi dengan sukar
Buah ini sungguh aku cintai
Bercampur baur dengan sedikit benci
Wahai,
Teman yang bestari
Mungkin kau bertanyakan
Buah apa yang ku cari
Tetapi yang ku ingin persoalkan
Haiwan apakah berkeris di kaki?
ni ak yg tulis..hehehehe..
ReplyDeletet.q. my fren..
rjin2 hntr la pe2 kat cbox kat blog ak tau..