Sunday, December 21, 2008

Bila Hati Mula Berkata...

Perasaan ini
Takku sangka terluah jua
Setelah memorabilia yang dinanti menjelma
Ku nekad tuk berbicara kebenaran hati
Kan ku sampaikan mesej abadi
Tuk kau yang tersayang
Semoga kau amati
Biarlah aku bertepuk sebelah tangan
Asal hati sudah mula berkata
Kecewa aku takkan
Kerana kebenaran hati
Membawa satu kebenaran pasti
Segala fasal yang berkurun
Batinku telah lama menyimpannya
Takkan ku kesal
Hingga helaan yang terakhir
Kerana segala yang terkandung
Terluah dengan penuh keikhlasan
Bila hati mula berkata...

No comments:

Post a Comment