Monday, February 16, 2009

Kita Tahu

Dalam sesuatu masa
Tak semua perkara datang serentak
Adakalanya
Kena tunggu sampai satu jangka masa yang lama
Kadang-kadang
Ia muncul tiba-tiba
Yang paling merimaskan
Ada yang muncul dalam keadaan kita tak mahu ia ada
Sungguh!
Tak semua perkara datang serentak
Tak semua perkara kita suka
Dan tak semua perkara kita tak suka
Nak atau tak
Terpaksalah terima
Dah menjadi satu ketentuan untuk semua perkara itu datang kepada kita
Tak kiralah kita nak atau tak
Terimalah seadanya
Inilah namanya takdir
Tak ada sesiapa dapat mengelak daripada takdir
Tapi
Kita boleh mengubah takdir kita
Sebab
Tak semestinya perkara yang terjadi pada kita adalah takdir
Perkara yang kita lakukan juga adalah takdir
Jadi
Pandai-pandailah kita mengatur takdir kita
Sebaiknya kearah kebaikan
Sebab kita semua tahu
Apa yang kita lakukan sekarang
Akan dihitung kelak
Sebagai seorang yang sudah mumaiyiz
Kita patut tahu
Amar makruf nahi munkar
Pandai-pandailah untuk gunakan minda dan fikiran yang ada
Tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment