(based on my true story)
Empat tahun
Sudah cukup untuk kau tahu apa itu dunia
Empat tahun
Sudah cukup untuk kau lihat maksiat manusia
Empat tahun
Sudah cukup untuk kau bahagiakan sebuah keluarga
Hari bersilih ganti
Masa berlalu tanpa henti
Dalam sekelip mata
Kau pergi tanpa sebarang kata
Kau merana kerana hidup serba kekurangan
Kau pergi
Bukan kerana Tuhan mahu merampasmu
Tetapi
Sayang kami tidak setanding sayang-Nya padamu
Tuhan bawamu pergi
Agar kau terpelihara daripada dosa manusia
Tinggallah kau di dalam pusara
Kan kulawat dan kau kutalkinkan
Agak terkilan dengan pemergianmu
Kerana enam tahun
Amat muda untukku mengerti mati
Tetapi kuredha
Kerana mumaiyiz mengajarku erti hidup
Dan kubiarkan saja
Perasaan sedih yang menghantuiku
Kerna kutahu
Pemergianmu punya sebab
Dan pemergianmu adalah
Atas kehendak dan kemahuan
Yang Maha Esa...
No comments:
Post a Comment