Thursday, October 9, 2008

Kaca Dusta...

Ngertikah engkau
Apa itu 'Cinta'?
Apa itu 'Rindu'?
Apa itu 'Kasih'?
Apa itu 'Sayang'?
Terkelu lidah menjawab
KENAPA?!
Kau tahu
Kau pendusta dalam CINTA!!
Kau penipu dalam RINDU!!
Kau penyisih dalam KASIH!!
Kau pembohong dalam SAYANG!!
Kau permainkan hati yang punya perasaan
Sanggup kau perlakukan itu
Seperti binatang tak punya hati
Kau perlakukan itu
Rakus merobek kepercayaan
Itulah engkau
Hanya KACA!!
Penuh kata dusta
Sanggup kau curahkan kekecewaan
Kesetiaan, kejujuran
Semua kau hancurkan
Setiap khilafmu
Dendam membara api kemarahan
Dalam hatiku
Kerna kutahu
Sia-sia kucurahkan sayang
Kepada KACA DUSTA...

Wednesday, October 8, 2008

.: Bunga Itu :.

Ditepi jalan
Kulihat kau mekar disisi temanmu
Setiap hari
Kau disiram dengan penuh kasih sayang
Dengan harapan
Kau mekar disiang hari
Memberi kegembiraan kepada mereka yang menyayangimu
Tapi
Tahukah kau
Hidup kau lamanya tidak
Petikan-petikan tangan kebencian
Acapkali kulihat
Aku sudah serik
Aku perlu lakukan sesuatu
Kau perlu kujaga
Tapi, temanmu bagaimana?
Oh bunga
Aku tidak mampu
Mengubah takdir dan fitrah sesuatu
Maafkan aku
Terlalu banyak perlu kulakukan
Tak terdaya kudratku tuk melakukannya
Oh Tuhan
Adakah aku mengubah takdir
Takdir-Mu untuk bunga itu
Terpaksa kubiarkan sendirian
Bunga itu...

Tuesday, October 7, 2008

Pusara Adik...

(based on my true story)

Empat tahun
Sudah cukup untuk kau tahu apa itu dunia
Empat tahun
Sudah cukup untuk kau lihat maksiat manusia
Empat tahun
Sudah cukup untuk kau bahagiakan sebuah keluarga
Hari bersilih ganti
Masa berlalu tanpa henti
Dalam sekelip mata
Kau pergi tanpa sebarang kata
Kau merana kerana hidup serba kekurangan
Kau pergi
Bukan kerana Tuhan mahu merampasmu
Tetapi
Sayang kami tidak setanding sayang-Nya padamu
Tuhan bawamu pergi
Agar kau terpelihara daripada dosa manusia
Tinggallah kau di dalam pusara
Kan kulawat dan kau kutalkinkan
Agak terkilan dengan pemergianmu
Kerana enam tahun
Amat muda untukku mengerti mati
Tetapi kuredha
Kerana mumaiyiz mengajarku erti hidup
Dan kubiarkan saja
Perasaan sedih yang menghantuiku
Kerna kutahu
Pemergianmu punya sebab
Dan pemergianmu adalah
Atas kehendak dan kemahuan
Yang Maha Esa...