Mengapa kau dustakan perkara itu
Bila mula mencintaimu
Kau sambut tepukan tanganku
Yang selama ini menyendiri menepuk angin
Kau suluhkan harapan kasih
Bila kuperlukan curahan sayang
Kau warnakan kertas yang putih
Dengan warna-warna memori kasih
Kau lapangkan dadamu
Untuk mengisi segala rintihanku
Sehinggalah kau melabuhkan tirai percintaan
Tertutuplah segala perasaan
Dan dibiarkan mati dalam kegelapan
Kau pendusta
Menyebabkan semua terus bersengketa
Melayan perasaan cinta yang buta
Kerna memandang hanya dengan mata
Baruku tahu...ku bukan yang pertama
Sudah beribu...insan yang kecewa
Ku sesali segala yang berlaku
Dan kuteruskan
Mencari cinta yang satu...
it's all about poems that i've wrote and by my friends.. it is called "This Is Where My HEART Speaks" because all the poems sincerely comes from my heart..by that, you will know what is kept in this soul..
Tuesday, November 13, 2007
Siapalah Daku...
Maafkan daku
Jikaku melakukan kesilapan
Maafkan aku
Jikaku dilamun cinta
Maafkan aku
Kerna kau bertakhta dihatiku
Ku tahu
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Menepuk debu-debu kesedihan
Tikaku mengingati dirimu
Siapalah daku...untuk dicintai
Siapalah daku...tuk menagih simpati
Siapalah daku...tuk diterima sang puteri
Siapalah daku...melainkan orang yang dibenci
Terimalah aku seadanya
Seperti kau menerima sejambak bunga
Bila ia mekar mencintaimu
Dengan curahan kasih sayang yang kau beri
Dan mati kehampaan
Bila kau lupa untuk menyayanginya
Usah kau risau
Takkanku mati dihempap kekecewaan
Ku tahu...siapalah daku
Dan kuteruskan segala yang terhenti
Dengan menabahkan hati
Tuk meredah rimbunan cinta yang mati
Biarlah aku pergi
Sebagai nokhtah yang terakhir
Dan ingatlah aku
Sebagai memori yang kekal abadi...
Jikaku melakukan kesilapan
Maafkan aku
Jikaku dilamun cinta
Maafkan aku
Kerna kau bertakhta dihatiku
Ku tahu
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Menepuk debu-debu kesedihan
Tikaku mengingati dirimu
Siapalah daku...untuk dicintai
Siapalah daku...tuk menagih simpati
Siapalah daku...tuk diterima sang puteri
Siapalah daku...melainkan orang yang dibenci
Terimalah aku seadanya
Seperti kau menerima sejambak bunga
Bila ia mekar mencintaimu
Dengan curahan kasih sayang yang kau beri
Dan mati kehampaan
Bila kau lupa untuk menyayanginya
Usah kau risau
Takkanku mati dihempap kekecewaan
Ku tahu...siapalah daku
Dan kuteruskan segala yang terhenti
Dengan menabahkan hati
Tuk meredah rimbunan cinta yang mati
Biarlah aku pergi
Sebagai nokhtah yang terakhir
Dan ingatlah aku
Sebagai memori yang kekal abadi...
Monday, November 12, 2007
Untukkmu...
Pertemuan kali pertama
Tidak bermakna terluahnya kata cinta
Pertemuan kali pertama
Permulaan segala-galanya
Biarpun bisikan asmara tidak dapat didengar
Asal ia dijadikan luahan dalam hati
Perasaan terpendam membunuh segala impian
Hanya kerana satu rasa
Yang lain terus membinasa
Cukuplah sekadar dirimu bahagia
Asal diriku tidak kecewa
Maafkan aku atas segala-gala
Tidak dapat kupenuhi impianmu selama ini
Biarlah dadaku dirobek kekecewaan
Asal kau kecapi kebahagiaan
Ku sanggup berkorban apa saja tuk dirimu
Demi mempertahankan segala yang terpelihara
Biarlah aku kehilangan teman yang beribu
Agar kau hidup tanpa rasa malu
Kenapa pada mulanya
Ku terpikat padamu
Satu kesilapan yang besar buat diriku
Maafkan aku sekali lagi
Satu ungkapan yang takkan kuulangi
Tanpa rasa ragu
Ku teruskan jua
Ku wasiatkan satu kata
SELAMAT TINGGAL!
Tidak bermakna terluahnya kata cinta
Pertemuan kali pertama
Permulaan segala-galanya
Biarpun bisikan asmara tidak dapat didengar
Asal ia dijadikan luahan dalam hati
Perasaan terpendam membunuh segala impian
Hanya kerana satu rasa
Yang lain terus membinasa
Cukuplah sekadar dirimu bahagia
Asal diriku tidak kecewa
Maafkan aku atas segala-gala
Tidak dapat kupenuhi impianmu selama ini
Biarlah dadaku dirobek kekecewaan
Asal kau kecapi kebahagiaan
Ku sanggup berkorban apa saja tuk dirimu
Demi mempertahankan segala yang terpelihara
Biarlah aku kehilangan teman yang beribu
Agar kau hidup tanpa rasa malu
Kenapa pada mulanya
Ku terpikat padamu
Satu kesilapan yang besar buat diriku
Maafkan aku sekali lagi
Satu ungkapan yang takkan kuulangi
Tanpa rasa ragu
Ku teruskan jua
Ku wasiatkan satu kata
SELAMAT TINGGAL!
Friday, February 16, 2007
Indahnya Perasaan...
Jika satu perasaan itu tidak dapat digambarkan
Jika satu perasaan itu sukar untuk dibaca
Jika satu perasaan itu menjadi satu jawapan kepada sejuta persoalan
Mengertikah aku
Kocakkan sanubari mengganggu fikiranku
Hentakkan perasaan menggoncang keimananku
Tamparan kekecewaan membunuh segala impian
Sedarkah aku yang dilambung ombak percintaan
Sedarkah aku yang ditiup godaan keasyikkan
Sedarkah aku yang dilempar seribu kebencian
Sehinggalah aku menutup pintu kegagalan
Dan membuka tirai kebahagiaan
Sinaran harapan menyuluh diriku
Menerangkan kegelapan mimpi tak kesampaian
Menutup lubang-lubang kedukaan
Biarpun luka semakin dalam
Ku teruskan jua
Meredah rimbunan kehampaan
Merentasi paksi kejatuhan
Menegakkan tiang kesetiaan
Mengharumkan bunga-bunga percintaan
Inilah aku
Punyai seribu satu perasaan
Perbezaan membawa perubahan
Indahnya perasaan...
Jika satu perasaan itu sukar untuk dibaca
Jika satu perasaan itu menjadi satu jawapan kepada sejuta persoalan
Mengertikah aku
Kocakkan sanubari mengganggu fikiranku
Hentakkan perasaan menggoncang keimananku
Tamparan kekecewaan membunuh segala impian
Sedarkah aku yang dilambung ombak percintaan
Sedarkah aku yang ditiup godaan keasyikkan
Sedarkah aku yang dilempar seribu kebencian
Sehinggalah aku menutup pintu kegagalan
Dan membuka tirai kebahagiaan
Sinaran harapan menyuluh diriku
Menerangkan kegelapan mimpi tak kesampaian
Menutup lubang-lubang kedukaan
Biarpun luka semakin dalam
Ku teruskan jua
Meredah rimbunan kehampaan
Merentasi paksi kejatuhan
Menegakkan tiang kesetiaan
Mengharumkan bunga-bunga percintaan
Inilah aku
Punyai seribu satu perasaan
Perbezaan membawa perubahan
Indahnya perasaan...
Subscribe to:
Comments (Atom)